Thursday, February 19, 2015

'Night Hiking' Gunung Datuk

Sedikit coretan pendakian Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. (17/2/2015)

Aku kembali ke Gunung Datuk dengan lebih cabaran, 'night hiking'. Aku tiada pengalaman masuk hutan tanpa cahaya matahari. Gunung ini adalah salah satu gunung favourite aku untuk 'fast hiking' kerana tidak mengambil masa yang panjang tetapi masih mencabar fizikal dan mental.

Perancangan awal hanya 'fast hiking' bersama seorang cousin yang sudah berbulan ajak aku guide dia daki Gunung Datuk ini. Sehingga sehari sebelum tarikh yang dirancang, 5 lagi manusia yang ingin ikut kami ke Gunung Datuk dan mereka ialah kawan dan housemate aku masa zaman diploma dulu. Tiba-tiba salah seorang mencadangkan untuk menikmati matahari terbit dari puncak gunung dan dengan serta merta kami membuat rancangan semula. Pendakian ini melibatkan 7 orang.

Pendakian bermula sekitar pukul 5.00 pagi dan tiba di checkpoint pertama selepas 45minit. Pendakian sebelum tiba ke checkpoint pertama sangat mencabar tanpa matahari, laluan curam yang berbatu dan dipenuhi akar pokok. Kekuatan mental amat diperlukan. Laluan selepas checkpoint pertama agak mudah dan mendatar sehingga tiba di puncak pada 6.45 pagi dan kami berjaya sampai ke puncak dalam masa 1 jam 45 minit. Namun hanya 5 orang yang berjaya sampai ketika langit masih gelap.
Lagi 2 orang tiba 1 jam selepas itu.

Selepas  menikmati pemandangan matahari terbit dan berehat, sekitar pukul 10.30 pagi kami mula turun mengikut laluan yang sama dan tiba di kaki gunung selepas 1 jam 15 minit dan berehat sebentar sebelum pulang ke Seremban.

Sedikit gambar kenangan di puncak sempat dirakam dan dikongsi di hujung entri ini, namun aku bukanlah seorang photographer yang baik kerana setiap kali subjek photography gambar aku sering di reject oleh lecturer. Tiada gambar ketika pendakian kerana aku lebih suka menikmati perjalanan dari memegang kamera sambil berjalan.

Profile Gunung

Nama : Gunung Datuk
Daerah : Rembau
Negeri : Negeri Sembilan
Ketinggian : 844m (2900ft)
Jarak Pendakian : 4.6km
Bayaran : RM5/orang

Peralatan dalam beg

  • lampu suluh (kalau ada headlamp lagi bagus)
  • air masak 2L/seorang
  • bateri simpanan
  • 2 bar snickers
  • Nikon D3200 + 50mm f1.8 (yes, salah bawak lens)
  • kain pelikat & baju spare
  • light-weight rain coat


Timeline

  • 3.00 pagi - Berkumpul di titik pertemuan di rumah aku, Seremban dan berhenti minum di sekitar senawang.
  • 3.45 pagi - Bertolak ke Gunung Datuk melalui Jalan Seremban - Tampin.
  • 4.30 pagi - Tiba di kaki Gunung Datuk dan bersiap untuk pendakian.
  • 5.00 pagi - Pendakian bermula.
  • 5.45 pagi - Tiba di checkpoint pertama.
  • 6.45 pagi - Tiba di puncak Gunung Datuk berehat sambil menunggu matahari terbit.
  • 10.30 pagi - Mula turun dari puncak.
  • 11.35 tengah hari - Selamat kembali ke kaki Gunung Datuk
  • 12.15 tengah hari - Bertolak balik ke Seremban
  • 1.00 tengah hari - Tiba di Seremban dan makan tengah hari.









Thursday, February 12, 2015

Kembali menulis

Atas cadangan yang sahabat yang pakar dalam bidang psikologi, aku disuruh untuk kembali menulis, bercerita, meluahkan isi hati dan otak, blog adalah platform yang aku rasa terbaik dalam misi mengurangkan ketagihan teruk terhadap online gaming yang dialami sejak 3-4 tahun lepas.

Tetapi masih adakah rakan lama yang masih berblogging? Rata-rata bila aku semak semula blog rakan ketika aku masih aktif menulis telah ditinggalkan berhabuk sama macam blog lama aku yang mana entri terakhirnya sekitar hujung tahun 2011. 2015, masih adakah yang berblogging? aku pun tak pasti. Kalau ada lagi, insyaAllah kita boleh berkongsi cerita, idea dan pendapat. Semoga dapat bertambah rakan dan penulisan lebih matang dan bermakna.

Projek H.E.X. adalah tema dan identiti aku yang dicipta supaya aku lebih fokus dalam mencapai objektif misi aku.

Persoalan yang timbul dalam kepala otak, adakah kaedah ini mampu menjayakan misi aku? doakan kejayaan aku. InsyaAllah

Popular Posts